Photobucket

Sunday, October 10, 2010

| |

Minggu Keduabelas
Teknik Penilaian


Konsep Penilaian
  • Guru menilai kemajuan murid-murid.
  • Guru menilai bahan dan kaedah pengajaran.
  • Tujuan penilaian-membolehkan guru ambil tindakan, baiki pencapaian. mengetahui sama ada pengajaran tercapai atau tidak, dan menentukan sama ada kaedah yang digunakan berkesan.

Definisi Pengujian

~Pengujian merupakan prosedur mengukur pencapaian murid dalam bentuk markah atau gred.

Definisi Prngukuran

~Pengukuran merupakan satu proses mengumpul maklumat.

Prinsip-prinsip Penilaian dan Pengujian

  1. menjalankan praujian
  2. ujian berkala
  3. ujian formatif dan sumatif
  4. mempelbagaikan cara menilai
  5. menguji pelbagai tahap pembelajaran.
  6. membina bahan ujian untuk tujuan pemulihan
  7. membina bahan ujian yang mempunyai kebolehpercayaan dan keesahan
  8. urutan bahan ujian daripada mudah kepada susah
  9. menyimpan fail untuk merekod keputusan ujian untuk disimpan sebagai rujukan.
  10. maklumat penilaian membantu guru merancang pengajaran.

Jenis-jenis penilaian

  1. penilaian formatif (sepanjang pengajaran)
  2. penilaian sumatif (akhir tahun)
  3. penilaian penempatan/kesediaan
  4. penilaian rujukan kriteria
  5. penilaian rujukan norma

Tujuan penilaian

  1. mengenalpasti kelemahan dan kekuatan murid
  2. meningkatkan keberkesanan program
  3. mengukur keberkesanan pengajaran
  4. memperoleh data untuk tindakan
  5. maklum balas untuk pelajar dan ibu bapa tentang pencapaian murid
  6. memberi motivasi kepada murid

Bentuk Ujian Bertulis

*Soalan Objektif

  • soalan betul/salah
  • soalan aneka pilihan
  • pemadanan

*Soalan Subjektif

  • soalan jawapan ringkas
  • soalan esei

Ciri-ciri ujian

  1. kebolehpercayaan
  2. kesahan
  3. keadilan
  4. kelicinan

Teknik membina soalan objektif

  1. Penulisan pokok soalan
    - Ayat lengkap dan ayat tidak lengkap
  2. Hanya satu jawapan yang betul
  3. Bahasa mudah, jelas, tepat
  4. Soalan tepat dan kemaskini
  5. Tiada jawapan yang bertentangan dari segi idea, konsep dan struktur ayat.
  6. Jawapan mempunyai hubungan dengan pokok soalan, pendaya tidak memenuhi kehendak soalan .
  7. Penggunaan tatabahasa yang salah
  8. Satu jawapan yang tepat

Teknik menilai soalan esei

  1. Pemeriksa memahami kehendak soalan
  2. Skema pemarkahan boleh ditokok tambah dan diperbaiki
  3. Penyelarasan isi, bentuk dan markah sebelum memeriksa skrip jawapan
  4. Memeriksa skrip jawapan dan membaca semula soalan
  5. Skrip jawapan diperiksa sehingga selesai
  6. Elak daripada pilih kasih dan elak mengenali murid
  7. Komen pada kertas jawapan sebagai panduan untuk murid tidak mengulangi kesilapan
  8. Masa menjawab soalan sesuai dengan panjang/pendek soalan.

0 comments:

top

Post a Comment

About Me

Followers

Powered by Blogger.